Kanser paru-paru paling ramai menyerang lelaki, antara faktor disebabkan tabiat merokok.

3,000 hidap kanser paru-paru setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kira-kira 3,000 kes kanser paru-paru yang berkait rapat dengan tabiat me­rokok dikesan di Malaysia setiap tahun.

Lebih menakutkan apabila 90 peratus daripada jumlah tersebut didiagnosis pada peringkat sangat lewat untuk dirawat.

Pengerusi Pasukan Bertindak (Penyakit Tidak Berjangkit) Kluster Perubatan dan Kesihatan Pertubuhan Akademi Profesor Malaysia, Prof. Dr. Mohamed Rusli Abdullah berkata, kanser paru-paru adalah kanser ketiga paling ramai dihidapi rakyat Malaysia.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) menganggarkan kos RM132.7 juta untuk merawat kan­ser paru-paru akibat merokok.

“Penggunaan tembakau terutamanya penggunaan rokok mudah terbakar di Malaysia telah dilaporkan sebagai faktor risiko utama untuk berlakunya kanser itu dan menyumbang 22 peratus daripada kematian.

“Hampir 9 daripada 10 kematian kanser paru-paru disebabkan rokok tembakau atau orang ketiga yang didedahkan kepada asap tembakau.

“Merokok juga menyebabkan sekurang-kurangnya 15 jenis kanser yang berbeza dan tembakau adalah punca kanser terbesar di dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tambahnya, menurut laporan oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa, lebih daripada 70 bahan kimia penyebab kanser (karsinogen) terdapat dalam asap tembakau dan telah dibuktikan kekarsinogenannya dalam haiwan makmal atau kepada manusia sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN