fbpx
Penggunaan energy stick mempunyai risiko sama seperti menghisap vape atau rokok. – GAMBAR HIASAN

Sekolah wajar haramkan pelajar bawa energy stick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menggesa Kementerian Pendidikan supaya mengeluarkan notis larangan bagi mengekang penggunaan energy stick dalam kala­ngan murid sekolah.

Presidennya, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, tindakan awal itu perlu diambil seiring dengan langkah Kementerian Kesihatan (KKM) memeriksa kandungan yang digunakan dalam peranti tersebut.

“Kita tidak tahu bahan yang digunakan, jadi lebih baik KPM keluarkan notis pekeliling bagi melarang gajet itu dibawa ke sekolah. Selain itu, periksa beg dan poket seluar pelajar,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan peranti baharu dikhuatiri membahayakan kesihatan.

Sementara itu, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Dr. Ezairy M. Sallih memberitahu, risiko yang dihadapi oleh mereka yang menggunakan energy stick adalah sama seperti perbuatan menghisap vape atau rokok.

“Kesannya adalah risiko ke­rosakan pada lapisan mukosa dalam hidung, penggunaan secara kerap sudah tentu boleh menyebabkan jangkitan pada hidung dan rongga sinus.

“Penggunaan lebih lama boleh menyebabkan jangkitan paru-paru. Alahan dan keracunan juga boleh berlaku kerana bahan yang digunakan tidak diketahui secara jelas,” katanya.

Jelas beliau, ini kerana kan­dungan dalam energy stick adalah pelbagai dengan perisa yang berbeza.

“Konsep energy stick ini bersifat kelegaan iaitu rasa segar selepas disedut baunya bergantung kepada jenis perisa. Mungkin tidak seperti dadah yang menyebabkan ketagihan melampau, tetapi trend ini boleh menyebabkan pengguna ketagih untuk menggunakannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN