fbpx
BRADLEY (kanan) berjaya meledak satu gol dan mencipta dua umpanan jaringan ketika Liverpool membenam Chelsea pada aksi awal pagi semalam. - AFP

EPL: Klopp lahirkan permata baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berjaya menggilap satu lagi permata di Anfield selepas pemain pertahanan kanan mudanya, Conor Bradley berjaya mempamerkan aksi luar biasa awal pagi semalam.

Prestasi yang dipamerkan Bradley berjaya membantu Liverpool mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Chelsea apabila dia turut menjaringkan satu gol selain turut melakukan dua umpanan gol.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool memiliki kelebihan lima mata berbanding pencabar terdekat mereka, Manchester City yang masih kekurangan satu perlawanan selain menjadi hadiah bermakna buat Klopp yang meraikan kemenangan ke-200 sepanjang menjadi pengurus pasukan tersebut.

“Dia seorang pemain muda yang luar biasa. Keseluruhan permainan, penglibatannya adalah menakjubkan. Dia perlu mengawal Raheem Sterling dan ia bukan tugas yang mudah. Saya gembira melihat perkembangannya.

“Bradley seorang pemain muda yang serius dalam meningkatkan prestasi diri. Bagi kami ia amat penting kerana kami tidak mampu mendapat keputusan positif ini tanpa pemain muda seperti (Jarell) Quansah, Conor dan Bobby (Clark),” jelasnya.

Dalam pada itu, Klopp turut mengulas mengenai tiga peluang terbaik dimiliki penyerangnya, Darwin Nunez yang kesemuanya terkena palang dan tiang gol, termasuk ketika gagal menyempurnakan sepakan penalti.

“Dia sangat kecewa kerana terlepas gol penalti, tetapi dia sangat membantu dalam permainan. Dia masih berjaya melakukan satu umpanan gol walaupun gagal mencetak nama selaku penjaring,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN