fbpx
NAZMI melayangkan satu kad merah serta menganugerahkan dua sepakan penalti kepada Iraq yang berjaya membenam Vietnam pada aksi kelmarin. - FB FAM

Pengadil Malaysia ke Piala Dunia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARAPAN peminat bola sepak tanah air untuk melihat ‘anak Malaysia’ berada dalam kejohanan berprestij Piala Dunia 2026 mungkin menjadi kenyataan.

Tiga pengadil Malaysia telah mencipta sejarah baharu apabila membuat ‘debut’ pertama pada kejohanan Piala Asia 2023 kali ini selepas mengemudi aksi Kumpulan D melibatkan Vietnam menentang Iraq kelmarin.

Tiga pengadil terbabit adalah Muhammad Nazmi Nasaruddin yang dibantu dua penolong pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.

Menurut kenyataan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Zairul telah diletakkan selaku penolong pengadil simpanan bagi aksi China menentang Tajikistan, manakala Arif sebagai penolong pengadil simpanan bagi perlawanan Iraq menentang Jepun.

“Pentas Piala Asia AFC 2023 ini penting buat trio pengadil dari Malaysia (Nazmi, Zairul dan Arif).

“Mereka boleh berada dalam senarai pendek pengadil dan penolong pengadil yang bakal dipilih untuk beberapa siri kursus dan ujian awal bagi program ‘FIFA World Cup Candidate’.

“Kursus dan ujian itu adalah sebagai syarat pemilihan secara merit bagi Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat,” kata kenyataan tersebut.

Pada perlawanan kelmarin, Nazmi telah melayangkan satu kad merah pada babak pertama kepada pemain Vietnam, Van Khang Khuat dan tiga lagi layangan kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan.

Nazmi, Zairul dan Arif yang merupakan pengadil bertaraf FIFA ini antara 35 pengadil dan 39 penolong pengadil yang terpilih untuk mengadili perlawanan Piala Asia 2023 yang berlangsung sejak 12 Januari lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN