fbpx

Sembunyi wang RM 25,000, lelaki didenda RM 4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Port Dickson atas tuduhan menyembunyikan wang tunai RM25,000 milik seorang wanita di dalam akaunnya. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

PORT DICKSON – Seorang lelaki didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menyembunyikan wang tunai RM25,000 milik seorang wanita di dalam akaunnya.

Majistret Uthman Abd. Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Alif Najmi Marzuki, 24, yang berasal dari Kedah dan memerintahkannya dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh mengaku menyembunyikan wang milik wanita berkenaan dengan cara memindahkannya ke dalam akaun yang didaftarkan atas namanya.

Kesalahan dilakukan pada 9 Oktober tahun lalu, kira-kira pukul 10.29 pagi di sebuah kediaman di taman perumahan di sini.

Alif Najmi didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh dalam rayuannya memohon untuk mengurangkan denda kerana mempunyai tanggungan ibu bapa dan adik-beradik yang masih bersekolah, selain masih mencari pekerjaan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal memohon hukuman setimpal bagi memberikan pengajaran.

Difahamkan, dalam kes berkenaan, mangsa membuat bayaran ke dalam beberapa akaun lain termasuk akaun tertuduh setelah diperdaya oleh individu menyamar daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mendakwa mangsa ada mencuri bekalan elektrik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI