fbpx
Adam mempunyai suara persis Siti Nurhaliza.

[VIDEO] Jantan bersuara Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemuda Orang Asli menjadi popular dalam sekelip mata kerana memiliki suara merdu mirip penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Muhammad Nor Adam Ziqril Bah Rasad, 23, berkata, dia tidak pernah berasa malu memiliki suara seperti wanita, malah menganggapnya sebagai rezeki.

Dikenali sebagai ‘Siti Shower’, Muhammad Nor Adam mengakui dia suka menyanyi dan terlibat dalam persembahan terutama ketika majlis kenduri kahwin di kampungnya di Langkap, Perak sejak kecil lagi.

“Saya memang suka menyanyi, boleh dikatakan hobi. Saya tinggal di kawasan perkampungan Orang Asli, jadi setiap kali ada maj­lis kenduri atau keramaian sudah pasti ada karaoke.

“Sewaktu di sekolah mene­ngah, pelajar tingkatan satu perlu menempuh minggu orientasi. Ketika itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan perlu membuat persembahan lagu-lagu rakyat.

“Saya pilih untuk mendendang­kan lagu Rasa Sayang. Waktu itu semua orang berasa terkejut ke­rana suara saya seperti penyanyi wanita,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Muhammad Nor Adam, selepas persembahan itu, seorang guru memuji suaranya yang dikatakan mirip penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza.

“Guru itu mengajar tarian dan nyanyian. Beliau menganggap suara saya unik. Dari situlah bermulanya penglibatan saya dalam bidang nyanyian,” ujarnya.

Adam menyanyi lagu sangat mirip Siti Nurhaliza.

Pada peringkat awal, pemuda itu hanya dipanggil untuk membuat persembahan nyanyian pering­kat sekolah dan belum dikenali ramai. Namun keadaan mula berubah ketika Muhammad Nor Adam tinggal di asrama semasa berada di tingkatan empat.

“Saya suka menyanyi dalam bilik air. Suatu hari, sewaktu sedang melantunkan lagu Sesuci Le­baran (nyanyian Siti Nurhaliza) ada kawan bilik merakamnya dan memuat naik di media sosial.

“Keesokan harinya, dia (kawan) beritahu perkara sebenar selepas video nyanyian saya tular dalam media sosial. Ramai yang kata suara saya sama seperti Siti Nur­haliza,” katanya.

Sejak itu, Muhammad Nor Adam mula dijemput oleh beberapa stesen televisyen dan radio kerana ramai yang mahu mendengar suara sebenarnya.

“Gelaran ‘Siti Shower’ adalah panggilan awal yang diberikan pelawak dan penyampai radio, Johan sewaktu sesi temu bual bersama sebuah stesen radio.

“Abang Johan yang mula panggil saya ‘Siti Shower’ sebab suara seperti Siti Nurhaliza dan menjadi tular kerana menyanyi sewaktu mandi (dalam bilik air).

“Gelaran itu ‘melekat’ sampai sekarang dan kebanyakan orang kenal saya sebagai ‘Siti Sho­wer’ berbanding nama sebenar Adam,” katanya.

Tidak mempersiakan bakat yang dimiliki, pemuda tersebut menjadikan nyanyian sebagai kerjaya sampingannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN