fbpx
DI kondominium inilah sepasang suami isteri ditemui mati di dalam sebuah kediaman di Jalan Keliling, Seremban kelmarin.

Bapa terkejut jumpa mayat anak, suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang bapa terkejut apabila melihat anak perempuannya yang juga seorang doktor gigi dan menantunya sudah tidak bernyawa lagi selepas memasuki kediaman mereka di sebuah kondominium di Jalan Keliling, di sini kelmarin.

Bapa berusia 62 tahun yang tinggal di daerah ini pergi ke rumah itu selepas rakan sekerja mangsa menghubunginya untuk memaklumkan wanita tersebut tidak datang ke klinik pergigian di Linggi, Port Dickson untuk bekerja seperti biasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mayat pasangan berkenaan ditemui di dalam kondominium itu oleh bapa mangsa wanita yang datang untuk melihat keadaan anaknya tersebut.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai kematian wanita berusia 31 tahun dan suaminya berusia 34 tahun yang juga seorang warga asing pada pukul 12.49 tengah hari kelmarin.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini pagi tadi (semalam) mendapati, keputusannya (punca kematian) masih belum dipastikan atau undetermined.

MAYAT pasangan suami isteri dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, HTJ di Seremban untuk bedah siasat semalam.

“Ia memerlukan analisis lanjut di makmal kimia sebelum mendapat keputusan sebenar,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau memberitahu, setakat ini polis masih mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, ini kerana berdasarkan siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan pada tubuh badan kedua-dua si mati mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan.

“Siasatan mendapati, kedua-dua mereka adalah suami isteri yang mana lelaki terbabit ber­khidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa Port Dickson, manakala isteri­nya, doktor di sebuah klinik pergigian di Linggi,” ujarnya.

Sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-770 7282 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban di 06- 6033 222.

Sementara itu, tinjauan Kos­mo! di Jabatan Forensik HTJ mendapati, rakan sekerja mendiang mula tiba bagi memberi penghormatan terakhir sekitar pukul 1.09 tengah hari semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN