fbpx
Laporan live daripada NHK World menunjukkan arahan pemindahan kepada penduduk hari ini. - AFP

Gempa bumi Jepun: Hospital mula terima mangsa cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Sebuah hospital di Ishikawa mula menerima pesakit-pesakit yang cedera akibat gempa bumi berkekuatan 7.4 pada skala Richter yang melanda wilayah itu hari ini, lapor akhbar The Guardian.

Pentadbiran Hospital Bandar Suzu berkata, proses membawa mangsa yang cedera turut tertangguh disebabkan jalan raya rosak.

Pusat perubatan itu kini menggunakan generator sendiri selepas bekalan elektrik terputus di daerah sekitar.

Suhu di kawasan yang terjejas diramal turun kepada sekitar 1 darjah Celsius semalaman, dengan kira-kira 36,000 isi rumah dianggarkan terputus bekalan elektrik ketika ini.

Agensi berita AFP melaporkan, beberapa lebuh raya ditutup kepada lalu lintas hari ini di sekitar pusat gempa selepas beberapa sisi gempa susulan tercetus.

Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) turut dihentikan di antara Tokyo dan pusat gempa di Ishikawa, di bahagian Laut Jepun di Pulau Honshu, kata Japan Railways. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN