fbpx

Agong dukacita pemergian lagenda bola sepak Allahyarham Shaharuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah oleh Al-Sultan Abdullah dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga lagenda bola sepak negara, Shaharuddin Abdullah yang telah kembali ke Rahmatullah akibat penyakit asma, semalam.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham Shaharuddin dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

“Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai sumbangan Allahyarham kepada negara dan menyifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada sukan bola sepak negara,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut Istana Negara, Allahyarham Shaharuddin pernah mewakili negara dalam Sukan Olimpik Munich 1972 dan beliau merupakan seorang penyerang serta penjaring yang handal, berbakat besar dan sukar ditandingi.

Kata Istana Negara, Allahyarham mula bermain untuk pasukan kebangsaan pada tahun 1967 dan kelincahannya di padang menyebabkan beliau diberi gelaran “The Black Cat” dan ‘Sharpshooter”.

“Setakat ini Allahyarham juga merupakan pemain keempat di Malaysia yang terbanyak menjaringkan gol dengan keseluruhan 39 jaringan dalam 70 penampilannya,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI