fbpx
BANYAK pasangan hanya memaparkan kebahagian di media sosial, namun sebenarnya menderita. – GAMBAR HIASAN

Isteri tayang bahagia, rupa-rupanya makan hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Tidak semua kebahagiaan yang ditayang pasangan suami isteri di media sosial merupakan realiti kehidupan sebenar mereka dalam rumah tangga.

Terdapat pasa­ngan terutama si isteri mengatakan, tindakan menayangkan kemesraan bersama suami kepada umum adalah cara mereka meluahkan pe­rasaan duka, kecil hati dan putus asa dalam perhubu­ngan.

Malah, ada yang berpendapat itu sebahagian daripada terapi diri tatkala melayan kese­dihan.

Seorang eksekutif pemasaran yang mahu dikenali Zizie, 46, berkata, dia memilih untuk me­ngubati kesedihan di saat rumah tangga yang dibina hampir dua dekad kini retak angkara keha­diran orang ketiga.

Akui ibu kepada tiga cahaya mata itu, media sosial seperti Facebook dan TikTok menjadi medium luahan perasaan terbuku meskipun hakikatnya ia adalah palsu.

“Siapa yang mahu derita bila mana rumah tangga yang dibina hampir 20 tahun ini kini bagaikan retak menanti belah.

“Saya memilih media sosial bukan sebagai tempat melemparkan amarah atau kebencian terhadap seseorang, malah menjadi ruang mengekspresikan kebahagiaan walau ia hanya palsu.

“Saya tidak kisah dengan kecaman rakan atau saudara-mara yang melihat bait-bait video keintiman atau gambar saya dan suami, sedangkan mereka juga tahu itu hanya wayang semata-mata,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Seorang lagi kakitangan kerajaan yang mahu dikenali Fana, 39, memberitahu, dia memuat naik video dan gambar lamanya dan suami semasa saat bahagia.

“Orang tak tahu, hati mena­ngis dan kecewa saat memuat naik video atau gambar itu. Orang nampak saya bahagia de­ngan sekeping gambar genggaman tangan dan dua pasang kaki, namun sebenarnya derita dirasai.

“Saya cari kebahagian bukan kesedihan, namun terpaksa berpura-pura. Mungkin ini caranya untuk menerangkan perasaan,” katanya yang berpisah dengan suami pada Februari lalu gara-gara tidak mendapat restu isteri pertama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN