fbpx
Busana-busana yang dihasilkan mementingkan aspek kesopanan.

Busana inspirasi produk kecantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGI kebanyakan wanita, kecantikan dan fesyen bukan sekadar ekspresi luaran, tetapi juga adalah sebahagian daripada rutin harian mereka.

Tindakan menghias diri juga merupakan salah satu cara mengekspresi diri dan menyampaikan keperibadian seseorang.

Apabila kecantikan dan juga fesyen bergabung, ia boleh meningkatkan keyakinan, menaikkan semangat dan membuat seseorang berasa cantik luar dan dalam.

Pereka fesyen terkenal tanah air, Rico Rinaldi baru-baru ini menjalin kerjasama dengan jenama produk kecantikan wanita Muslimah moden, Good Virtues & Co dalam menghasilkan pakaian yang diinspirasikan daripada gabungan produk kecantikan dan juga fesyen.

Pertunjukan fesyen Good Virtues Co. x Rico Rinaldi yang penuh kreatif itu berlangsung pada 5 Disember lalu di Jiospace, Petaling Jaya dengan mempamerkan gabungan harmoni antara kecantikan, gaya, etika dan juga inovasi.

Koleksi rekaan Rico diinspirasikan sepenuhnya daripada rekaan corak floral pada botol-botol produk Good Virtues & Co. seperti syampu dan juga serum rambut yang diperagakan melalui sentuhan motif moden dan warna-warna tanah.

Ujar Rico, dia teruja apabila dapat menjalin kerjasama tersebut yang bukan sahaja meraikan gaya wanita moden tetapi juga menonjolkan kepelbagaian.

“Secara amnya, bagi pertunjukan fesyen kali ini, saya memperlihatkan 28 pasang pakaian, namun hanya tujuh daripada rekaan tersebut yang merupakan rekaan yang dihasilkan menerusi kerjasama bersama Good Virtues & Co.

“Tujuh rekaan tersebut diinspirasikan daripada bunga-bungaan yang juga menjadi motif paling saya sukai,” katanya kepada Stailo.

RICO bersama model-model yang memperagakan busana diinspirasikan daripada corak-corak floral pada botol produk Good Virtues & Co.

Tambah Rico, memandangkan dia banyak menghasilkan koleksi busana buat golongan Muslimah moden, koleksi tersebut juga dilihat cukup bertepatan dengan tagline Good Virtues & Co iaitu ‘Celebrate Your Noor’.

Justeru, pereka fesyen tinggi lampai itu menganggap kolaborasi tersebut adalah cukup bersesuaian dengan busana sopan yang menjadi signaturnya, selain rekaan yang banyak menggunakan motif floral pada koleksi busana yang dihasilkan.

“Sebagai contoh, salah satu rekaan yang saya tampilkan bagi koleksi ini adalah diinspirasikan daripada salah satu produk Good Virtues & Co. yang berasaskan tumbuhan habbatus sauda.

“Pemilihan warna juga adalah benar-benar mengikut produk tersebut yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk pakaian,

“Malah, koleksi ini juga merupakan bukti perjalanan kreatif kami dalam menggabungkan kepakaran fesyen yang menyasarkan wanita Islam, yang juga merupakan pembeli utama jenama Good Virtues Co.,” katanya.

Dalam pertunjukan fesyen tersebut, Rico mempamerkan seleksi busana seperti blaus, dres labuh dan seluar potongan longgar penuh sopan, yang boleh digayakan untuk pelbagai acara.

Fabrik lembut dan beralun seperti sifon juga menyerlahkan lagi setiap rekaan, selain amat sesuai digayakan dalam iklim tropika Malaysia.

Kongsi Rico, bagi koleksi yang dihasilkannya itu, dia secara peribadinya amat menggemari set seluar palazo dan blaus bernama Seroja yang disifatkan cukup sesuai buat wanita yang sukakan gaya sopan dan anggun.

Koleksi Good Virtues & Co. x Rico Rinaldi boleh dibeli di laman web Rico Rinaldi pada harga antara RM159 hingga RM299.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN