fbpx
Sisa kimia berwarna putih dengan campuran bahan pelarut dikesan di loji IWK sekitar pukul 10 malam semalam.

Patahkan cubaan pencemaran sisa kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kepantasan pihak berkuasa berjaya mematahkan cubaan pencemaran sisa kimia berhampiran sebuah tasik di Bandar Bukit Mahkota, Cheras yang boleh menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, Kajang dekat sini semalam.

Perbuatan itu dikesan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 10 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, sisa kimia berwarna putih dengan campuran bahan pelarut dikesan di lurang Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) berhampiran kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, bahan buangan itu berjaya disedut menggunakan dua lori tangki dan pihak berkuasa menutup sementara LRK IWK untuk kerja-kerja pembersihan yang berjaya diselesaikan kira-kira pukul 2 pagi.

“Jarak LRK IWK dengan tasik berhampiran kawasan itu yang bersambung dengan Sungai Beranang adalah kira-kira satu kilometer,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Pelan Perancangan Penyelesaian Masalah Bekalan Air di Sungai Selangor & Sungai Semenyih di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim.

Loy Sian menegaskan lokasi kejadian tersebut adalah bersempadanan dengan Nilai, Negeri Sembilan dan merupakan siri pencemaran kali ketiga dilaporkan sejak 2018.

Ujar beliau, pihaknya percaya sisa kimia itu dibuang di situ berikutan kawasannya yang terpencil.

“Sekiranya pencemaran itu gagal dikesan akan menyebabkan penutupan LRA Semenyih dalam tempoh 10 jam.

“Usaha mengesan dalang atau suspek terlibat sedang dijalankan pihak berkuasa,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN