fbpx
Gambar hiasan. FOTO: SHIDDIEQIN ZON

Malaysia hilang RM28.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan sebanyak RM28.5 bilion atau bersamaan RM78 juta sehari mengalir keluar sepanjang tahun lalu termasuk wang yang dikirimkan oleh pekerja warga asing kepada keluarga mereka.

Ia juga bersamaan RM2.3 bilion sebulan dihantar keluar oleh pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor ekonomi di negara ini.

Peningkatan jumlah pengiriman wang ke luar negara adalah didorong oleh transaksi pengiriman wang yang lebih tinggi oleh pekerja asing apabila ekonomi kembali pulih pada 2022.

Jumlah wang yang mengalir keluar itu secara perbandingan boleh membeli sebanyak 143,216 buah kereta elektrik Tesla model Y RWD yang berharga RM199,000 sebuah atau 39,051 buah kereta BMW i7 (RM729,800 sebuah) atau 25,909 kereta Bentley Bentayga EWB ­Azure (RM1.1 juta sebelum cukai) selain boleh juga membina 15 Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Pengaliran wang sebanyak itu juga boleh menampung hidup sebanyak 3.16 juta isi rumah golo­ngan B40 selama 90 hari dengan perbelanjaan RM2,500 sebulan.

Untuk rekod, jumlah pekerja asing yang berada di negara ini setakat September 2023 adalah seramai 2.7 juta orang.

BNM dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu meningkat berbanding jumlah wang yang mengalir keluar pada 2021 iaitu sebanyak RM25.8 bilion.

Katanya, setakat 30 September lalu, kesemua kiriman wang itu dilakukan melalui 44 penyedia perkhidmatan pengiriman wang berlesen (RSP) melibatkan lebih 400 ejen.

Gambar hiasan. – FOTO AMIR KHALID

“Perkhidmatan itu disediakan di lebih 2,800 premis di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 30 RSP turut menawarkan perkhid­matan pengiriman wang secara elektronik dengan transaksi mencakupi 44.9 peratus daripada ke­seluruhan.

“E-kiriman wang lebih digemari kerana ia lebih cepat dan mudah selain kos yang lebih rendah dikenakan iaitu kurang tiga peratus daripada jumlah wang yang dikirim,” katanya dalam satu ke­nyataan kepada Kosmo!.

Menurut BNM, peningkatan wang yang dikirim ke luar negara turut didorong polisi kerajaan yang tidak mengenakan sebarang sekatan kepada pekerja a­sing berbuat demikian.

Tambahnya, penggunaan saluran pengiriman wang formal se­perti RSP dalam kalangan pekerja asing adalah penting bagi membolehkan kerajaan memantau aliran keluar wang pekerja asing.

“Langkah itu dapat mengelakkan industri daripada terdedah kepada risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan (AML/CFT), sekali gus dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap integriti sistem kewangan negara,” katanya.

Ujar BNM, menjadi ke­utamaan pihaknya untuk memastikan perkhidmatan pengiriman wang kekal selamat, cekap dan boleh dipercayai.

“Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (APPW) menyediakan rangka kerja penga­walseliaan dan pengawasan yang komprehensif untuk mengawal selia aktiviti perniagaan perkhidmatan wang, termasuk perniagaan pengiriman wang oleh RSP,” katanya.

Menurut BNM, APPW menghendaki peserta-peserta industri mempunyai lesen daripada pihaknya supaya mereka mematuhi undang-undang dan pengawalseliaan apabila menjalankan aktiviti pengiriman wang.

“Hal ini termasuk keperluan pencegahan AML/CFT terutamanya pelaksanaan langkah usaha wajar (due diligence) ke atas pelanggan serta penyelenggaraan rekod berhubung dengan transaksi perniagaan pengiriman wang,” katanya.

Tambahnya, langkah itu pen­ting bagi melindungi RSP daripada menjadi pengantara aktiviti penghantaran wang haram.

“RSP juga dibenarkan membuka premis sementara atau kaun­ter bergerak seperti di kilang dan ladang untuk menggalakkan penggunaan saluran kiriman wang secara formal di kawasan terpencil,” katanya.

BNM turut melaksanakan aktiviti pemantauan dan pengawasan secara berterusan supaya tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya boleh diambil ke atas pengendali wang tidak berlesen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN