fbpx
Li Li menunjukkan gelang rekaan rama-rama dan dakap pulut yang diminati pelanggannya di Melaka semalam.

Emas biskut tawar, rama-rama laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Peminat emas di negeri ini lebih menggemari ge­lang rekaan ‘biskut tawar’, ‘rama-rama’ dan ‘boba’ sebagai koleksi peribadi mereka.

Seorang pengusaha kedai emas, Lim Li Li, 43, membe­ritahu, ramai pelanggan yang datang ke kedai emasnya membeli gelang rekaan ‘biskut tawar’, ‘rama-rama’ dan ‘boba’.

“Biasanya mereka akan datang dengan membawa contoh rekaan yang dicari di dalam internet termasuk rekaan ‘biskut tawar’, ‘rama-rama’ dan ‘boba’.

“Rekaan-rekaan ini lebih diminati oleh pelanggan yang datang ke kedai sehingga saya terpaksa membuat tempahan lebih,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Namun, kebelakangan ini golongan penggemar emas tersebut seakan-akan menunggu harga emas untuk terus turun apabila rata-rata kedai barangan kemas di sekitar daerah Melaka Tengah dilihat kurang dikunjungi pelanggan.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tumpuan kedai emas, di Kampung Jawa mendapati hanya dua daripada lima premis dibuka mempunyai pelanggan.

Menurut seorang pengusaha kedai emas yang ingin dikenali sebagai Wong, kebanyakan kedai dipenuhi pelanggan ketika harga emas mahal kerana khuatir harga pasaran akan terus meningkat.

“Sekarang ini harga emas turun sehingga di bawah RM240 segram, namun tidak ramai yang datang membeli kerana mungkin me­nunggu harga emas untuk turun lagi,” katanya.

Mengulas lanjut situasi harga emas, Presiden Persatuan Perniagaan Emas Melaka, Datuk Steven Siow berkata, harga emas dunia yang rendah dan tidak stabil pada waktu ini menyukarkan pengusaha-pengusaha emas menawarkan harga kepada pelanggan.

“Sekiranya harga emas terus menurun sehingga di bawah RM200 segram, para peniaga emas pasti akan terjejas teruk, kemungkinan sehingga boleh menutup perniagaan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN