fbpx

8 hari tak dapat ‘call’, isteri dan anak masih hidup – Nadir Al-Nuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nadir Al-Nuri memuat naik gambar terkini anaknya pada Facebook hari ini.

PETALING JAYA – “Anak-anak dan isteri saya masih hidup,” demikian dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung keluarganya di Gaza, Palestin yang sebelum ini tidak dapat dihubungi kira-kira lapan hari.

Muhammad Nadir Al-Nuri menerusi hantaran Facebook memberitahu khabar tersebut serta memuat naik gambar terkini keadaan anaknya.

“Alhamdulillah hari ini saya diberi dua hadiah yang besar. Yang pertama ialah ahli keluarga baharu untuk kami, adinda Saufi yang diberi amanah menjaga adik perempuan bongsu kami Hannan.

“Yang kedua ialah gambar ini yang saya dapat lewat pukul 1 pagi semalam. Khabar bahawa anak-anak dan isteri saya masih hidup setelah lapan hari cuba berhubung dengan mereka dan gagal mendapat berita,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, keluarganya turut menempuh perjalanan yang mencabar untuk menyelamatkan diri ke selatan Gaza.

“Keluarga saya berada di selatan Gaza yang agak tenang dan perjalanan ‘maut’ mereka lalui untuk sampai ke sana cukup untuk dibuat filem lengkap.

“Gaza semakin genting, keadaan jauh lebih teruk dari awalnya. Tetapi untuk hari ini, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI