fbpx
Penilaian dari sekolah rendah penting bagi persedian ke sekolah menengah. - Gambar hiasan

Tiada UPSR tetapi buat ujian membaca, mengira darjah enam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu sistem pentaksiran yang lebih holistik diperlukan untuk mengukur pencapaian murid terutamanya dalam penguasaan 3M iaitu membaca, mengira dan menulis murid, bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, ujian berkenaan penting sebagai bekalan untuk mereka melangkah ke sekolah menengah.

“Saya setuju dan menyokong UPSR tak dikembalikan, tapi perlukan satu mekanisma pengesanan atau ujian saringan untuk mengesan tahap penguasaan murid sekolah rendah dalam 3M.

“Ia penting bagi memastikan mereka menguasai 3M dengan baik apabila melangkahkan kaki ke sekolah menengah.

“Akhir tahun 3 dah boleh buat saringan 3M, itu sudah memadai. Sama ada nak dibuat di peringkat pusat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Lembaga Peperiksaan dan sebagainya, terpulang kepada KPM.

“Kalau murid capai (lulus), boleh terus ke sekolah menengah dan kalau belum, masih ada masa 3 tahun lagi untuk pastikan mereka melalui intervensi supaya segera kuasai 3M,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Anuar

Beliau mengulas isu, Kementerian Pendidikan bertegas tidak akan mengembalikan semula UPSR dalam masa terdekat walaupun menerima banyak permintaan dalam kalangan ibu bapa.

Sebaliknya, Menterinya Fadhlina Sidek berkata, beliau mahu memberi tumpuan kepada Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 selain agenda jelajah jerayawara pendidikan masa depan. –

Sementara itu kata Anuar, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga perlu ditambah baik dengan kadar segera.

Tiga perkara perlu diberi perhatian supaya murid akan dinilai melalui pentaksiran yang diklasifikasikan mengikut Tahap Penguasaan 1 (TP1) hingga 6 (TP6) bagi dua kategori penilaian iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PBD dapat dilakukan dengan teliti dan telus.

“Pertama, guru mesti diberi autonomi penuh dalam melaksanakan pentaksiran ini sebab hanya guru saja yang berada dalam bilik darjah tu jadi mereka lebih layak tetapkan TP.

“Walaupun julat TP yang diberi rendah dan sesuai dengan keadaan murid, kena terima la tetapi intervensi perlu dilakukan.

“Kedua, silibus tidak boleh terlalu padat kalau tidak guru akan terkejar-kejar untuk mengajar dan tidak bersedia atau berpeluang untuk adakan banyak aktiviti untuk menilai murid-murid bagi menetapkan TP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN