HASHIM mengingatkan pemain muda agar mempersiapkan diri untuk pasca karier sebagai bintang bola sepak supaya masa depan mereka akan lebih terurus.

‘Sediakan payung sebelum hujan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOLA sepak bukan satu karier yang memberi jaminan untuk terus dibuai kegemilangan serta dilimpahi kemewahan sepanjang hidup kerana tempoh itu sangat singkat.

Demikian nasihat legenda bola sepak negara dari Kelantan, Hashim Mustapha ketika mengulas nasib menimpa bekas penyerang sensasi Perak, Khalid Jamlus yang terpaksa menjual kasut emas demi kelangsungan hidup.

Bagaimanapun, Hashim enggan mengulas mengenai keputusan dibuat oleh Khalid yang tekad untuk menjual kasut emas tersebut apabila dilaporkan sudah ada pembida membuat tawaran sehingga RM50,000 untuk mendapatkan koleksi peribadi pemain berkenaan.

Hashim yang pernah memenangi anugerah penjaring terbanyak bagi musim 1993 dan 1994 turut memiliki dua kasut emas dan menganggap ia adalah koleksi yang tidak ternilai bagi seorang pemain bola sepak terutama bergelar penyerang.

“Sebagai seorang penyerang, jaringan gol adalah kayu ukur untuk membuktikan kehebatan dan kasut emas itu pula suatu yang berharga sepanjang hidup anda. Ia sepatutnya tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

“Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Khalid tetapi ia satu peringatan kepada pemain-pemain muda yang ada ketika ini supaya merancang masa depan sebaik mungkin ketika berada di puncak.

“Bola sepak ini bukan satu karier yang panjang. Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, anda perlu mempersiapkan diri untuk hidup 30 atau 40 tahun lagi selepas itu. Jadi, manfaatkan ke­lebihan yang ada ketika berada di za­man ke­gemilangan,” katanya.

Tambahnya, ketika berada pada era kemuncak, beliau tidak menerima gaji atau bonus lumayan seperti yang dinikmati para pemain ketika ini dan dia sentiasa berhati-hati dalam berbelanja selain mempersiapkan diri untuk pasca kariernya sebagai bintang bola sepak.

Jelasnya, memilih hidup yang lebih sederhana serta merancang masa depan dengan baik adalah langkah terbaik kepada semua pemain bola sepak supaya kehidupan selepas bersara nanti lebih tersusun.

“Ketika meraih gelaran kasut emas untuk dua musim tersebut, gaji saya sekitar RM3,500 hingga RM4,600 dan sepanjang karier, pendapatan tertinggi yang dipe­roleh ketika bergelar pemain bola sepak adalah RM12,000 iaitu sewaktu bersama pasukan Kedah.

“Saya merancang beberapa perkara sewaktu masih bermain bola sepak sebagai jaminan selepas karier berakhir termasuk memohon lesen kontraktor dan menjalankan perniagaan tersebut sehingga kini untuk menyara hidup di samping terlibat dalam aktiviti kejurulatihan,” jelasnya.

Katanya, menikmati kemewahan hasil penat lelah bergelar pemain bukanlah satu kesalahan tetapi ia perlu ada batas tanpa menggadaikan keperluan pada masa depan.

Hashim meraih gelaran penjaring terbanyak bagi musim 1993 dengan mengumpul 15 gol bersaing dengan pemain import Pahang dari Argentina, Jose ­Iriarte, manakala pada musim berikutnya, penyerang prolifik Kelantan itu mengecewakan pemain import Sabah, Scott Ollerenshaw apabila meledak 30 gol untuk menjulang gelaran kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN