fbpx
KANAK-KANAK lelaki yang berjaya diselamatkan selepas disyaki didera bapa kandung dan teman wanita bapanya dalam kejadian di sebuah rumah Flat Taman Pulai Jaya, Skudai, Iskandar Puteri, Jumaat lalu.

‘Budak lapar itu rupanya kena dera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Jiran yang menyelamatkan budak lelaki yang menjadi mangsa dera bapa kandung dan teman wanitanya itu dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Pulai Jaya, di sini Jumaat lalu mendakwa sering mendengar suara kanak-kanak malang itu menjerit kelaparan.

Pemandu lori yang mahu dikenali sebagai Man, 52, berkata, dia dan isterinya yang tinggal di tingkat tiga rumah flat empat tingkat itu kerap kali mendengar suara kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun itu.

“Kami duduk tingkat tiga, mereka (keluarga mangsa) tingkat empat. Lebih kurang sudah setahun lebih mereka menyewa di sini.

“Kerap juga dengar suara budak lelaki meminta makanan sebab lapar, saya ingatkan perkajira biasa sebab budak kan selalu cakap nak makan kalau lapar.

“Sehinggalah Jumaat lepas, ada seorang lelaki warga asing datang beritahu ada budak lelaki dalam tandas dalam keadaan ketakutan dan tubuh sudah kurus,”katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak dise­lamatkan polis selepas menjadi ­mangsa dera di sebuah rumah flat di Taman Pulai Jaya, Skudai di sini.

Man berkata, tanpa berfikir panjang dia dan isterinya terus naik tingkat atas untuk melihat keadaan sebenar dakwaan lelaki itu namun tidak boleh masuk sebab bapa budak itu tidak benarkan.

Katanya, dia menghubungi persatuan badan bukan kerajaan (NGO) untuk meminta pandangan dan bantuan sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

“Selepas ahli NGO itu datang, kami terus hubungi pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut sebelun budak itu diselamatkan pihak polis dan bapa dan seorang wanita ditahan,” katanya.

Sementara itu, Ibu mangsa dikenali sebagai Devi, 34, berkata, anaknya hanya diberi minum air tandas dan dikurung berjam-jam dalam bilik air tanpa diberi makan.

Katanya, keadaan itu diceritakan oleh Pertubuhan Kebajikan Komuniti Johor selepas menyelamatkan anaknya, Raja.

“Ketika berjumpa saya tidak percaya dia adalah anak saya ke­rana ketika ditinggalkan enam bulan lalu, berat badannya lebih 60 kilogram selain dia ceria dan peramah.

“Saya amat terkilan dan hampir tidak mengenalinya. Raja juga memberitahu dia hanya menjamah sisa makanan di rumah,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Devi, anaknya juga dipukul dan dicucuh api oleh teman wanita bekas suaminya.

Tambahnya, dia tidak akan memaafkan suspek.

“Sekarang baru saya faham mengapa dia enggan membenarkan saya bertemu Raja selama ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN