fbpx

Timbalan pengarah imigresen pula ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian suspek yang ditahan dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini

PETALING JAYA – Seorang pegawai imigresen berpangkat timbalan pengarah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah di pintu utama negara.

Turut ditahan dua lagi pegawai jabatan sama selepas mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya petang semalam.

Menurut sumber, kesemua yang ditahan bagi membantu siasatan itu berusia antara 38 hingga 54 tahun.

“Ketiga-tiga pegawai Imigresen terbabit telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Setakat ini seramai 53 orang berjaya ditahan dalam Ops Selat yang bermula sejak 16 November lalu, termasuk 33 anggota dan pegawai imigresen yang bertugas di KLIA, KLIA2 dan Bangunan Sultan Ismail, Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, SPRM turut mengemukakan permohonan lanjutan reman ke atas 10 suspek yang diberkas sebelum ini.

Dua orang awam yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam urusan transaksi rasuah baru-baru ini pula dibebaskan dengan jaminan SPRM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI