fbpx
Surianty menunjukkan gambar arwah Muhammad Danieal yang terkorban dalam kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah.

Ibu mangsa tahfiz Ittifaqiyah sukar lupa kejadian ragut nyawa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Ibu kepada salah seorang daripada 23 peng­huni Darul Quran Ittifaqiyah yang maut dalam kebakaran menya­yat hati enam tahun lalu berharap pelaku terlibat dipenjara seumur hidup.

Surianty Mohamed, 45, ber­kata, dia masih sedih dengan kejadian yang menimpa anak­nya Allahyarham Muhammad Danieal Md. Amin, 14, meskipun sudah enam tahun kejadian itu berlaku.

“Biarlah pelaku dalam kes ini dipenjarakan seumur hidup. Seorang lagi yang bebas juga perlu diberi pengajaran sewajarnya.

“Sebaiknya, beri pelaku itu pendidikan agama secukupnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang kepada orang lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Bunut Payong, di sini semalam.

Surianty memberitahu, dia dan seluruh ahli keluarga sudah memaafkan pelaku dalam kes tersebut meskipun kejadian itu melibatkan kehilangan nyawa.

Katanya, bagaimanapun, hukuman yang diputuskan kepada pelaku perlu setimpal bagi memberi keadilan buat semua keluarga mangsa yang terlibat.

“Saya dan ahli keluarga lain sudah reda dengan kejadian itu. Saya sendiri sudah puas berendam air mata, kini sudah mene­rima hakikat bahawa Muhammad Danieal sudah tiada.

“Biar undang-undang di dunia memberikan hukuman kepada pelaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN