fbpx

Kerajaan peruntuk RM5 juta untuk program kepimpinan digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (dua dari kiri) ketika merasmikan Program Kepimpinan Digital Eksekutif di Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 juta dalam program kepimpinan digital kepada penjawat awam dan swasta di peringkat pengurusan tertinggi.

Program tersebut merupakan kerjasama strategik antara Kementerian Ekonomi (melalui agensinya MyDIGITAL Corporation), institusi akademik terkemuka, Asia School of Business (ASB)/MIT Sloan Management dan syarikat-syarikat teknologi terbesar di dunia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penganjuran Program Kepimpinan Digital Eksekutif (EDL) bertujuan untuk menyediakan kemahiran yang diperlukan untuk mengemudi ekonomi digital.

Ujarnya, bagi kohort pertama sebanyak 50 tempat akan dibuka bermula pada November ini dan seterusnya menawarkan lima kohort setiap tahun jika mendapat sambutan yang mengalakkan.

“Ini adalah program berterusan daripada kerajaan untuk membina kemahiran digital diperingkat kepimpinan. Seperti kita tahu, banyak kemahiran digital tertumpu di jawatan bawahan sahaja.

“Untuk bergerak sebagai satu negara maju memerlukan kemahiran daripada peringkat atasan juga. Jadi kita harap, melalui program ini, peringkat kepimpinan kanan organisasi kerajaan mahupun swasta dapat adaptasi dengan keperluan digital.

“Kita nak pastikan bahawa mereka yang melalui program ini akan boleh balik ke organisasi masing-masing dan mempercepatkan proses pendigitalan itu. Ini adalah satu pelaburan yang kita boleh lihat kesannya dalam masa satu hingga dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Kepimpinan Digital Eksekutif, di sini hari ini.

Tambah Rafizi, biarpun 92 peratus organisasi di Malaysia menganggap transformasi digital adalah keutamaan, hanya 17 peratus sahaja melepasi peringkat permulaan dalam penggunaan teknologi.

Program yang berlangsung selama tiga bulan itu juga melibatkan Rakan Strategik Teknologi termasuk pemimpin industri seperti Amazon Web Services, Google Cloud, IBM, Microsoft, dan Shopee dalam menjayakan pengisian program kepimpinan digital itu.

Permohonan kini dibuka untuk mereka yang berwawasan digital dan para pemimpin dari Malaysia dan serata dunia adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini.

Sila layari https://www.mydigital.gov.my/executive-digital-leadership-programme/ untuk memohon dan mendapatkan maklumat lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI