fbpx
LOKASI kejadian seorang kanak-kanak lelaki ditikam abang kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah di Ranau Khamis lalu.

Remaja tikam adik lepas dengar bisikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANAU – Seorang remaja lelaki menikam mati adik kandungnya yang berusia sembilan tahun selepas dipercayai terdengar bisikan dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Kinapulidan di sini Khamis lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5.40 pagi itu, suspek berusia 19 tahun dan tidak bekerja mence­derakan mangsa dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur yang diambil dari dapur tersebut.

Menurut sumber, sebelum kejadian berdarah itu berlaku, mangsa sedang berbaring sambil bermain telefon.

Kanak-kanak itu kemudian dihampiri suspek yang men­dakwa terdengar bisikan berkaitan bunuh, tetapi tidak diendahkannya.

Suspek kemudian mengambil sebilah pisau lalu menikam perut adiknya sehingga menyebabkan usus kanak-kanak terkeluar.

“Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan sempat melarikan diri sejauh 50 meter ke rumah jirannya bagi mendapatkan perto­lo­ngan.

“Suspek dipercayai cuba mencederakan seorang lagi adiknya, tetapi mangsa berusia 18 tahun sempat mengelak sebelum lelaki itu keluar rumah,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Mangsa dihantar ke Hospital Ranau bagi mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia enam jam kemudian.

“Pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu cedera di perut dengan satu kesan tikaman selain calar pada dahi. Susulan kejadian itu, polis berjaya memberkas suspek pada hari yang sama di sekitar lokasi kejadian,” katanya.

Siasatan awal mendapati, suspek pernah dirujuk ke Hospital Ranau di sini pada awal bulan ini dipercayai kerana masalah mental.

“Suspek menerima rawatan di Hospital Ranau selama se­minggu. Dua beradik itu tidak mempunyai sebarang masalah (salah faham) sebelum ini,” ujar­nya.

Pemeriksaan turut mendapati suspek tidak pernah terbabit penyalahgunaan dadah dan ajaran sesat selain tiada rekod jenayah. Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN