fbpx
NUR Faizatul dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Jejawi, Teluk Intan sejak minggu lalu.

Polis mohon bantu kesan Nur Faizatul Azwani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 31 tahun yang dilaporkan hilang sejak 1 Ogos lalu.

Kehilangan Nur Faizatul Azwani Kasim itu disedari selepas dia tidak pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Jejawi di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suri rumah itu sepatutnya tiba di Stesen Bas Bandar Baru Teluk Intan pada pukul 2 petang, Selasa lalu selepas pergi ke rumah adiknya di Shah Alam.

Katanya, wanita yang juga pemegang kad OKU mental itu bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga Khamis.

“Suami wanita itu cuba mencari isterinya termasuk bertanyakan kepada saudara-mara mereka yang tinggal di Teluk Intan, namun usaha tersebut gagal.

“Berikutan itu, satu laporan polis dibuat Khamis lalu oleh suami wanita terbabit,” katanya di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi wanita itu berada, boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd. Nurhalim Shamsuri di talian 013-9685829.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-6299222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN