fbpx
PEMANDU trak pikup yang melanggar seorang kanak-kanak ketika bermain skuter dibebaskan dengan jaminan polis.

Pemandu pacuan empat roda langgar kanak-kanak dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pemandu pacuan empat roda yang mengakibatkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ketika sedang bermain skuter di sebuah kawasan kediaman mewah di bandar raya ini Jumaat lalu telah dibebaskan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki yang berusia 32 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis, pada hari kejadian.

Menurut beliau, siasatan berhubung kejadian itu bagaimanapun diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu itu telah dibebaskan dengan jamin. Siasatan disiapkan dan akan rujuk pendakwa raya sama ada akan dituduh atau sebaliknya.

“Pemandu tersebut juga merupakan salah seorang penghuni di kawasan kediaman berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Raub mengesahkan kemalangan itu yang dilaporkan berlaku di sebuah kawasan kediaman mewah di bandar raya ini, Jumaat lalu.

Berdasarkan rakaman video yang tular, kanak-kanak tersebut sedang bermain skuter sebelum dilihat berhenti di kawasan persimpangan apabila sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.

Kanak-kanak tersebut dipercayai maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kenderaan pula dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN