PORT DICKSON – Seramai 38,926 pegawai dan anggota Tentera Darat serta pasangan melaksanakan tanggungjawab membuang undi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 bagi 6 negeri yang bertanding.
Menurut Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, proses pembuangan undi awal pada kali ini tidak banyak berbeza seperti sebelum ini.
“Namun kali ini hanya melibatkan enam negeri. Prosedur dan proses juga berjalan dengan lancar.
“Proses jadi mudah sebaba kita dalam satu organisasi. Proses itu kita lakukan dalam kumpulan,” katanya ketika ditemui di Pusat Mengundi Awal N31 Bagan Pinang di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.
Tambahnya, beliau sebelum itu telah melawat di enam Pusat Mengundi Awal Kem Sungai Buloh, Kem Tun Ibrahim (Kajang), Kem Rasah (Seremban), Kem Senawang (Seremban), Kem Gemas dan Pusasda. – KOSMO! ONLINE