fbpx
Aksi tidak senonoh melibatkan kumpulan 1975 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Waspada artis luar negara promosi budaya songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TINDAKAN keterlaluan vokalis The 1975 melakukan aksi tidak senonoh mencium gitaris, konsert Ross Macdonald di atas pentas konsert baru-baru ini masih menjadi bualan masyarakat terutama pemain industri hiburan tanah air.

Apa tidaknya, vokalis kumpulan itu tergamak meludah atas pentas, merosakkan harta benda seperti dron, membuat aksi tidak senonoh selain menyebabkan konsert yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari di Sepang, Selangor dibatalkan serta-merta.

Menurut penulis, tindakan yang ditonjolkan ini adalah persis sifat white saviour complex yang mana seseorang berasakan mereka mempunyai hak dan berkuasa untuk melakukan sesuatu tindakan berlebihan dalam sebuah komuniti lain.

Kesan yang diberikan turut dirasai peniaga, penyanyi serta penganjur sendiri apabila persiapan yang dilakukan berakhir begitu sahaja disebabkan tindakannya kumpulan itu.

Tidak cukup dengan tindakan melampau itu, vokalis tersebut turut memegang botol arak ketika di atas pentas, selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dari aspek perundangan, golongan LGBT boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 377A, 377B dan 377C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Bagi penulis, sebagai negara konservatif dan meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, perkara ini sepatutnya tidak berlaku apatah lagi disorak gembira apabila negara dicerca.

Pengarah Advokasi Khidmat Guam, ­Mahmud Jumaat berkata, apa yang berlaku baru-baru ini perlu dijadikan pengajaran oleh penganjur sebelum memanggil mana-mana individu membuat persembahan.

Katanya, artis bertaraf antarabangsa mempunyai kumpulan peminat besar dan pastinya membawa ideologi bersama, sekali gus apa yang berlaku sekarang pasti diketahui di seluruh negara.

“Apa yang ditunjukkan itu adalah budaya songsang sesama jantina, ditayangkan pula kepada umum. Kalau menyokong LGBT, kita tak perlu jemput mereka (The 1975).

“Pandangan orang luar yang mengkritik dasar negara tak perlu ambil kisah apabila ia bersifat negatif, selain ideologi yang diterapkan juga menyimpang daripada budaya kita dan bercanggah dengan agama.

“Tindakan mereka jelas menghina kerajaan Malaysia. Sekarang hanya perlu ambil langkah berhati-hati agar perkara sama tidak berulang,” katanya.

Dari segi perundangan, Mahmud berkata, tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap golongan yang bertindak di luar kawalan adalah berunding dengan pihak kedutaan negara asal mereka.

“Kalau kita hendak saman malu dan ganti rugi semua boleh dilakukan, tetapi rumit kerana mereka tiada lagi di negara ini. Kita hanya mampu menyenarai hitam dari memasuki negara.

“Tindakan tegas seperti me­minta kedutaan mereka mengambil tindakan serius bagi artis yang melanggar undang-undang seperti menarik lesen hiburan. Tindakan ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam isu ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN