fbpx
ATIKAH SUHAIME

Atikah enggan berlakon kerana rasa badan seperti ‘ikan paus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Atikah Suhaime mendakwa terpaksa menolak ba­nyak tawaran lakonan kerana mengalami pertambahan berat badan sejak akhir-akhir ini.

Pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu menyifatkan bentuk badannya kini kelihatan seperti ikan paus apabila muncul di kaca televisyen.

“Saya tidak pernah gemuk sebelum ini, jadi saya banyak tolak tawaran berlakon kerana saya kelihatan besar seperti seekor ikan paus (sekarang),” tulisnya menerusi Insta Story.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Diena, Atikah mengalami pertambahan berat badan kerana kerap memasak sejak Covid-19 me­landa negara ini.

“Disebabkan sudah lama tidak pulang ke Singapura untuk merasai air tangan ibunya, jadi dia (Atikah) selalu memasak sendiri makanan yang digemarinya sehingga berat badan­nya bertambah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pelakon kelahiran Kota Singa itu turut meluahkan rasa sedih kerana sudah hampir lima bulan tidak dapat pulang ke republik tersebut ekoran penutupan pintu sempadan negara disebabkan Covid-19.

Biarpun tidak pernah mengeluh dengan situasi semasa, Atikah sebenarnya menanggung rindu pada keluarganya di Si­ngapura.

Wanita itu terpaksa tinggal di Kuala Lumpur kerana Malaysia merupakan tempat dia mencari rezeki.

“Saya selalu tunjukkan perkara yang gembira sebab itu sahaja cara untuk saya mengawal perasaan setiap hari,” tulisnya.

Pemilik nama penuh Nur Atikah Mohd. Suhaime, 29, itu, kerap melihat semula gamba-gambar lama dalam Instagramnya untuk memujuk hati supaya berasa gembira.

Dalam perkembangan lain, bekas tunang penyanyi Awi Rafael itu turut meminta netizen supaya berhenti bertanyakan tentang perancangannya untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya yang juga ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.

“Keluarga saya berada di Singapura, macam mana nak kahwin?” soalnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN