fbpx
Tangkap layar video keadaan terkini kucing bernama Talang selepas tiga bulan diselamatkan dari Pulau Talang, Perak. (Gambar kecil: Laporan Kosmo! Online pada November lalu).

[VIDEO] Kaki Talang kena potong, doakan terus sihat dan gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seekor kucing kudung yang tular selepas dipercayai dibuang di Pulau Talang, Perak kini sihat biarpun satu daripada kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan.

Menerusi hantaran di TikTok Frugal Out Doors & Camping, lelaki itu berkongsi video terkini haiwan tersebut yang diberi nama Talang selepas diselamatkan kira-kira tiga bulan lalu.

“Masih ingat tak kucing yang ditinggalkan di Pulau Talang. Dah tiga bulan Talang diselamatkan daripada lapar dan haus tengah pulau. Tiga bulan kemudian, inilah keadaan Talang sekarang. Kaki yang cedera dan dijangkiti itu terpaksa dipotong.

“Talang ada sakit FIV, setakat ini dia okey cuma teruskan makan makanan tambahan dan kawal immune (kebal). Doakan Talang terus sihat dan gemuk ye,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna TikTok turut mendoakan kesembuhan Talang dan berterima kasih kepada lelaki tersebut yang menyelamatkan haiwan berkenaan.

“Moga murah rezeki insan baik yang tolong Talang. Moga kebaikan kepada Talang jadi asbab untuk terpilih masuk ke syurga Allah. Makin bulat perut Talang,” kata Ain.

“Saya menangis dan gembira tengok Talang diselamatkan. Sekarang tengok, Talang seronok dan makin cantik. Terima kasih banyak-banyak tuan, semoga tuhan berkati awak dan sekeluarga,” komen Fay Jay.

“Allah saksi kebaikan saudara kepada kucing ini,” kata Alin Zahra.

Kosmo! Online pada November lalu melaporkan, seekor kucing yang kudung kaki dikatakan dibuang di Pulau Talang kini meneruskan hidup bersama keluarga baharu selepas diselamatkan oleh seorang lelaki.

Menerusi beberapa hantaran video oleh Facebook Frugal Outdoors & Camping, pemilik akaun tersebut datang berkayak ke Pulau Talang dan menemui kucing berkenaan dalam keadaan kurus dan lapar.

Lelaki itu turut meminta mana-mana pihak yang boleh menyelamatkan kucing tersebut serta menghantarnya ke daratan.

Bagaimanapun, lelaki itu datang semula ke Pulau Talang itu dua hari kemudian dan menemui semula kucing tersebut serta menyelamatkan haiwan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

@frugaloutdoorsandcamping Selepas 3 bulan diselamatkan dari pulau tak berpenghuni🥲..inilah keadaan Talang sekarang🐅😬 #cat #catsoftiktok #save ♬ slipping through my fingers – sadvibes🥀

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN