fbpx
Tangkap layar video yang tular menunjukkan beberapa remaja yang telah terpengaruh dengan ajaran Si Hulk baru-baru ini.

Janji hidup mewah di New Zealand tawaran ajaran sesat Si Hulk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Janji kehidupan mewah di New Zealand dan mampu hidup lama antara umpan digunakan kumpulan ajaran sesat Si Hulk untuk mengembangkan dakyah dan menarik minat golongan remaja untuk menjadi pengikutnya.

Difahamkan, kumpulan berkenaan ‘mampu hidup’ melalui jualan produk air Si Hulk yang mana setiap negari mempunyai stokis. Air berkenaan dikatakan membolehkan seseorang hidup lebih lama.

Setiap stokis bertindak menarik orang ramai terutama anak muda untuk menyertai mereka melalui medium Google Meet.

Mufti negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil mendedahkan, kumpulan ajaran yang telah difatwakan sesat pada Mei lalu masih dikesan bergerak aktif di beberapa lokasi di Merlimau di sini.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan jumlah sebenar pengikut ajaran tersebut mahupun latar belakang mereka kerana mereka bergerak secara underground.

Jelasnya, kumpulan tersebut kini sedang dipantau oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melibatkan semua platform termasuk media sosial.

“Saya tak boleh sebutlah berapa (jumlah) tetapi dah ada dalam pemantauan dan telah dikenal pasti kumpulannya.

“Kita sedang siasat dia punya rantaian tu, benda ini berantai dan masih aktif, iya lah benda ini bersifat underground dan memang mereka tidak akan menzahirkan kegiatan tersebut. Kita harus melihat dan menyelidik,” katanya.

Tambahnya, selain penguatkuasaan, individu terlibat dikesan menerusi laporan dibuat oleh ahli keluarga yang bimbang dengan perbuatan menyeleweng daripada akidah yang diikuti suami atau anak-anak mereka.

Dalam pada itu, katanya, bagi memastikan ajaran sesat itu tidak berkembang, JAIM juga melaksanakan proses pemulihan dengan mengajak mereka yang telah terjebak untuk insaf dan bertaubat.

Kata Abdul Halim lagi, peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri telahpun memutuskan ajaran Si Hulk itu adalah sesat serta menyeleweng daripada akidah dan kini dalam proses bagi mewartakan fatwa berkenaan untuk dikuatkuasakan oleh JAIM.

Media sebelum ini melaporkan, ajaran diasaskan Suhaini Bin Mohamad itu turut membuat penipuan terhadap produk-produk dikeluarkan seperti air dan botol Si Hulk untuk menarik minat orang membelinya.

Suhaini mendakwa air Si Hulk merupakan air hayat iaitu air yang diperoleh Nabi Khidir menjadikan baginda mampu hidup hingga hari kiamat, manakala botol Si Hulk digunakan untuk melaksanakan ritual menangkap jin ke dalam botol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN