fbpx
Anwar ketika berucap pada Majlis Jelajah Madani dan Pelancaran Jetera Perpaduan Selangor, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

Saya tidak benar UMNO diharamkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa dirinya merupakan antara individu yang tidak membenarkan parti UMNO diharamkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU14) sebelum ini.

Jelas Presiden Pakatan Harapan (PH) itu lagi, walaupun UMNO telah diperlakukan sedemikian rupa, namun tetap ada pemimpin parti tersebut yang ‘cium tangan’ dengan pihak yang inginkan UMNO diharamkan.

“Ketika ada yang nak haramkan UMNO sebelum ini, saya adalah orang yang tidak setuju dengan keputusan itu. Tetapi saya pelik kenapa ada lagi orang UMNO yang nak ‘cium tangan’ mereka.

“Kena ingat UMNO mempunyai sejarah yang besar dan baik, sebuah parti agung yang membina negara selama ini sepatutnya pemimpin UMNO pertahankan parti mereka bukan apa yang sedang berlaku sekarang (sokong Perikatan Nasional),” jelasnya ketika berucap pada Majlis Jelajah Madani dan Pelancaran Jetera Perpaduan Selangor di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari disamping pemimpin-pemimpin Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sepanjang pemerintahan Kerajaan Perpaduan hampir lapan bulan keistimewaan agama Islam dan orang Melayu yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara tidak pernah dikhianati seperti yang dicanang oleh pihak pembangkang.

“Cuba bagitau apa yang kita khianat terhadap agama Islam serta orang Melayu. Semua kita perhebatkan selama Kerajaan Perpaduan memerintah negara.

“Walau kita kekalkan kehebatan agama Islam dan Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan serta semua pihak kita tidak lupakan malah kita akan bantu dan kita perhebatkan.

“Bukan Islam untuk kita hukum orang, bukan kamu yang menghukum orang masuk syurga tau neraka, kalau tak ikut mereka jahanam kita, ini fatwa dari mana jelas tunggang agama untuk berkuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN