GEORGE TOWN – Seorang wanita berusia 62 tahun ditemui mati di dalam sebuah unit kondominium di Relau di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 2.45 petang daripada keluarga mangsa yang mendakwa wanita itu gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu.
“Pintu rumahnya didapati berkunci, namun mangsa tidak dapat dihubungi.
“Pihak polis turut berada di lokasi kejadian dan bomba telah bertindak memecahkan pintu rumahnya sebelum mendapati mangsa berada di dalam rumah sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa tinggal di rumah itu bersendirian.
Sementara itu, jurucakap bomba itu berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh sejak beberapa hari lalu.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi. – K! ONLINE














