fbpx
Gambar hiasan

Mudahnya berhutang sampai ada bawa mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dahulu, cukup susah nak berhutang jika mahu membeli sesuatu barangan. Sekiranya seseorang itu mempunyai kad kredit, ia tiada masalah, mereka boleh ‘swipe’ di mana-mana premis yang menyediakan perkhidmatan itu.

Seandainya mahu memohon kad kredit, syaratnya pula cukup ketat. Jika bergaji di bawah RM2,000 sebulan, agak sukar pihak bank untuk meluluskan permohonan itu.

Dahulu juga, tidak banyak kedai yang berani menawarkan hutang kepada pelanggan kerana takut si penghutang cabut lari bersama barangan yang dibeli. Syarikat penyedia perkhidmatan kredit pun boleh dibilang dengan jari.

Bagaimanapun, sekarang begitu mudah nak buat hutang. Sambil baring atas katil membeli-belah secara online pun kita boleh berhutang.

Pilih sahaja barangan yang diidam-idamkan seperti iPhone atau gajet-gajet canggih yang lain dan beli sekarang, bayar kemudian.

Banyak syarikat kini menyediakan perkhidmatan tersebut dan pelbagai tawaran serta diskaun menarik turut ditawarkan bagi memancing pelanggan.

Malah, sejak kebelakangan ini, kedai-kedai gajet atau perkakas elektrik juga memberi kemudahan itu kepada pelanggan mereka untuk berhutang. Kebanyakan premis mengenakan syarat yang cukup mudah.

Proses sepantas kilat dan kelulusan dijamin lebih 90 peratus. Ada yang menawarkan pendahuluan hanya RM1 dan pelanggan boleh terus membawa pulang televisyen, peti ais, penghawa dingin atau mesin basuh.

Mereka yang disenarai hitam atau berpendapatan RM1,000 sebulan pun boleh berhutang secara bulanan dengan kadar faedah yang agak tinggi. Hanya diperlukan dokumen penting seperti pengenalan diri, slip gaji dan bil utiliti.

Kemudahan pembayaran bulanan yang fleksibel ini sesuai bagi mereka yang benar-benar mampu untuk membayar semula hutang. Jika dibayar sepenuhnya, mungkin mereka bimbang ia akan menjejaskan bajet bulanan.

Cuma yang merisukan apabila seseorang itu mula ‘ketagih’ dan sengaja membuat hutang dengan peluang pinjaman yang begitu senang diperoleh.

Ada sahaja barangan yang ingin dibeli dengan skim beli sekarang, bayar kemudian atau pelbagai tawaran hutang yang disediakan di kedai-kedai.

Lagak seperti kumpulan T20 demi memenuhi tuntutan nafsu, tetapi hakikatnya pendapatan bulanan di paras gaji minimum. Pembelian bukan lagi mengikut keperluan atau kehendak yang penting sehingga hutang keliling pinggang.

Disebabkan itu dalam Islam, makruh jika digunakan dalam perkara tidak bermanfaat atau hanya mahu menunjuk-nunjuk atau si penghutang menyedari dia tidak mampu membayar semula hutang itu.

Ingat, hukum membayar hutang adalah wajib melainkan jika dihalalkan, namun ia sukar terjadi sehingga ramai yang membawa hutang sampai mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN