fbpx
Gambar hiasan

GPS tracker laku keras kerana drama Perempuan Itu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sekarang ini bagi yang tidak tahu, tengah sohor drama bersiri Perempuan Itu yang pernah menjadi kontroversi tahun lalu kerana ada adegan 18SX yang dilakonkan oleh aktor Zul Ariffin.

Memang ‘bergegar’ Malaysia ketika itu kerana menghentam Zul Ariffin melakonkan babak mendukung secara seksual seorang pelakon baharu, Siti Hariesa.

Selepas setahun reda kontroversi drama itu, tiba-tiba ia berjaya ditayangkan melalui platform penstriman berbayar Tonton.

Menariknya drama itu tetap sohor sekarang ini bukan kerana adegan yang didakwa 18SX tetapi kerana alat penjejak sistem posisi sejagat (GPS tracker) yang digunakan pelakon utama iaitu Mimi Lana untuk menjejak suaminya lakonan Zul Ariffin.

Disebabkan Mimi Lana menggunakan alat itu sehingga boleh membongkarkan kecurangan suaminya dengan Siti Hariesa, ramai penonton terutama wanita kagum dengan alat tersebut.

GPS tracker ini boleh mengetahui setiap inci kedudukan suaminya, malah boleh mengetahui percakapan dan perbualan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Ramai isteri kagum dengan alat itu sehinggalah ramai penjual platform Shopee dan TikTok berduyun-duyun membuat video kempen jualan dengan menggunakan klip drama Perempuan Itu.

Alat itu sebelum ini hanya digunakan oleh pengintip dan penyiasat peribadi (PI) tetapi disebabkan drama itu, isteri-isteri boleh membelinya di Shopee serendah RM30 sahaja.

Kata seorang jurujual di Facebook, jika mahu yang lebih jelas seperti PI harganya mencecah ribuan ringgit tetapi jika mahu hanya untuk suka-suka RM30 pun boleh dapat.

GPS tracker itu hanya sebesar getah pemadam sekolah anak-anak boleh diselitkan di dalam beg komputer riba atau beg tangan. Jangan disebabkan drama Perempuan Itu, ramai suami tidak senang duduk pula.

Perlu diingatkan kepada isteri-isteri yang cuba-cuba meletakkan alat itu kepada suami mereka, mereka juga perlu berdepan dengan risiko kemurungan jika benar-benar berlaku kecurangan.

Mimi Lana di dalam drama itu telah keguguran kandungannya kerana melihat kecurangan dan penipuan suaminya yang selama ini disanjunginya.

Nasihat penulis jika jiwa kental dan sebelum undang-undang menghendap (stalking) dikuatkuasakan di negara ini dipersilakan beli GPS tracker untuk suami.

Kerajaan sekarang ini dalam proses mewujudkan undang-undang berhubung kesalahan menghendap bagi yang menggunakan kamera tersembunyi dan GPS.

Kerajaan pada 24 Februari lalu telah mempersetujui bahawa perkara-perkara polisi berhubung kesalahan anti menghendap yang telah ditetapkan sebelum ini dikekalkan dengan penambahbaikan.

Dalam erti lain, sikit masa lagi jika anda guna GPS untuk menghendap orang lain itu dikira satu jenayah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN