MALAM gala filem Tarung: Unforgiven Isnin lalu menjadi saksi momen mencairkan hati apabila aktor Zul Ariffin datang daripada belakang dan memeluk pelakon Meerqeen yang sedang ditemu bual pihak media.
Pelukan spontan itu mencetuskan aura ‘brotherhood’ luar biasa, membuatkan ramai gadis terbuai melihat dua jejaka tampan dalam satu bingkai.
Seperti biasa, reaksi paling ‘meriah’ datang daripada netizen wanita. Ruangan komen dibanjiri luahan hati yang pening memilih, ada pula cemburu melihat Meerqeen dipeluk.
“Comel gila! Dua-dua hensem, tak tahu nak pilih siapa.
“Kalaulah aku di tempat Meerqeen, memang pengsan terus!” tulis peminat tanpa segan.
Diva sendiri tidak menyangka keakraban mereka sedemikian rupa. Apa pun, indah melihat aktor muda dan senior saling menghormati tanpa tembok senioriti.
DIVA: Kalaulah Aina Abdul hadir Met Gala, pasti ramai terpaku lihat fesyen luar kotaknya.














