fbpx
Chiacomedyyy, jocelyncomedyy dan therealjoecelynchia adalah tiga akaun baharu Jocelyn yang diserang netizen selepas ditularkan di Facebook.

Diserang netizen Malaysia, Jocelyn gagal buka 3 akaun Intagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Api kemarahan rakyat Malaysia terhadap pelawak Jocelyn Chia belum padam apabila pelbagai kecaman, kritikan dan hentaman terhadap wanita itu masih berterusan sehingga Instagramnya sebelum ini ‘hilang’ daripada radar.

Selepas ketiadaan akaun di media sosial itu, netizen berjaya menghidu kewujudan tiga akaun baharu Instagram Jocelyn yang didakwa dibuat wanita terbabit yang kini menukar kerakyatannya sebagai warga Amerika Syarikat.

Tiga akaun baharu wanita yang berasal dari Singapura itu ialah chiacomedyyy, therealjoecelynchia dan jocelyncomedyy.

Bagaimanapun, cubaan Jacelyn, 42, untuk mewujudkan akaun itu tidak berjaya apabila terus diserang netizen setelah ketiga-tiga akaun berkenaan ditularkan oleh pelbagai laman Facebook yang ditadbir rakyat Malaysia antaranya Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM).

TTKM sejak beberapa hari lalu mengajak rakyat melaporkan mengenai tindakan melampau Jocelyn yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370 kepada pentadbir Instagram.

Akhirnya, kesemua akaun baharu itu kini tidak boleh diakses, dipercayai telah ‘terbenam’ selepas netizen membuat laporan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini Jocelyn.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, permohonan berkenaan akan dibuat hari ini bagi memboleh­kan siasatan lanjut dijalankan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 504/505(c) Kanun Ke­seksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah

Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Cheras, Kuala Lumpur semalam.

Beliau memberitahu, PDRM juga telah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi membantu proses siasatan ke atas akaun media sosial yang digunakan Jocelyn.

“Selain itu, PDRM telah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam video klip ber­kenaan,” ujarnya.

Pada Selasa minggu lalu, Jocelyn dikecam hebat setelah tindakannya memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehila­ngan pesawat MH370 menerusi satu persembahan komedi berdiri di Amerika Syarikat.

Bukan hanya rakyat Malaysia, lawak melampau Jocelyn turut menyinggung perasaan isteri salah seorang mangsa MH370.

Berikutan itu, kerajaan Si­ngapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dilaporkan berkata, Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan kata-kata atau tindakannya tidak mencerminkan pandangan Singapura.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula menyifatkan tindakan pelawak terbabit sebagai biadab.

Bagaimanapun, Jocelyn enggan membuat sebarang permohonan maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan lawak keterlaluannya itu.

Malah, wanita terbabit berterima kasih kepada komuniti pelawak yang dipercayai tetap menyokong dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN