fbpx

Bayar ganti rugi RM15,000 selepas putus cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gara-gara putus cinta selepas menjalinkan hubungan selama empat tahun, seorang wanita didakwa terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM15,000 kepada bekas kekasih.

Perkara itu diketahui umum selepas dikongsikan di akaun Twitter milik brgsjks.

Dakwa wanita itu, dia terpaksa membayar RM15,000 selepas memilih untuk menamatkan hubungannya bersama lelaki berkenaan.

“Saya bercinta dengan dia sudah empat tahun, putus sebab tak dapat restu ahli keluarga ‘dia’,” luahnya.

Dakwa individu terbabit, dia sering dicaci oleh keluarga bekas kekasihnya sebagai seorang ‘kaki kikis’ disebabkan kehidupannya sebagai orang ‘biasa’ yang tidak kaya.

“Lama aku pendam perasaan, dia pun tak pernah pertahankan aku depan keluarga dia. Aku dah penat,” luahnya.

Selepas memilih untuk berpisah, wanita itu diminta untuk membayar semua kos dan perbelanjaan sepanjang menjalinkan hubungan.

“Aku dah bayar RM5,000 hasil daripada perniagaan kecil-kecilan yang aku buat, tapi hari ini dia ugut aku untuk bayar RM500 untuk bulan ni,” jelasnya.

Sebagai seorang pelajar, dia buntu dan meminta pandangan orang ramai bagi menyelesaikan masalah itu.

“Apa patut aku buat, nak makan pun duit tak cukup,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI