fbpx

Ronaldo hidupkan peluang Al-Nassr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meledak gol kemenangan Al-Nassr ketika menewaskan Al-Shahab awal pagi semalam. – AFP

RIYADH – Bintang Ronaldo, Cristiano Ronaldo kembali menghidupkan peluang buat Al-Nassr dalam perebutan gelaran Liga Pro Arab Saudi musim ini apabila meledak gol kemenangan menewaskan Al-Shahab awal pagi semalam.

Al-Nassr terlebih dahulu ke­tinggalan dua gol kepada Al-Shahab hasil dua jaringan Christian Guanca pada minit ke-25 dan 40 dalam aksi di Stadium KSU itu.

Bagaimanapun, Al-Nassr bangkit menyamakan kedudukan dengan dua gol dalam tempoh tujuh minit menerusi Talisca (m-44) dan Abdulrahman Ghareeb (m-51) sebelum Ronaldo meledak jaringan kemenangan pada minit ke-59.

“Kami bermain dengan sa­ngat hebat apabila ketinggalan 0-2 dan ia menjadikan perlawanan ini bertambah sukar.

“Kepercayaan tinggi semua pemain dan sikap tidak me­ngalah membolehkan kami bangkit meledak tiga gol untuk memenangi perlawanan ini,” kata Ronaldo.

Tiga mata itu amat berharga buat Al-Nassr kerana ia dapat menangguhkan seketika hasrat pendahulu liga, Al-Ittihad untuk meraikan kejuaraan biarpun turut merakam kemenangan 1-0 ke atas Al-Batin awal pagi semalam.

Penjaga gol Al-Ittihad, Marcelo Grohe dilaporkan begitu kecewa apabila dimaklumkan oleh salah seorang penyokong mereka bahawa Al-Nassr berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, peluang Al-Nassr untuk muncul juara tampak sukar kerana perlu mengharapkan Al-Ittihad tewas salah satu daripada dua perlawanan terakhir mereka selepas ini.

Sebagai rekod, Al-Ittihad memiliki kelebihan tiga mata ke atas Al-Nassr di tempat kedua dan berpeluang mengesahkan kejuaraan buat kali pertama sejak 2009 jika berjaya menewaskan Al-Fayha pada perlawanan Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI