fbpx

Muhyiddin tawar jawatan MPT, KJ perlu masa buat pertimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin bercakap pada rancangan Podcast Keluar Sekejap.

PETALING JAYA – Khairy Jamaluddin yang lebih mesra dikenali KJ mendakwa dirinya memerlukan masa untuk membuat keputusan mengenai tawaran sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian ketika ditanya oleh Shahril Hamdan menerusi Podcast Keluar Sekejap.

“Soalan saya ringkas sahaja. KJ ‘on’ tak ‘on’ masuk Bersatu? Tak ajak pun,” seloroh Shahril.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada menawarkan jawatan berkenaan kepada Khairy Jamaluddin sekiranya beliau mahu menyertai parti tersebut.

Muhyiddin yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu mendedahkan, tawaran itu dikemukakan kepada Bekas Menteri Kesihatan berkenaan dilucutkan jawatan daripada UMNO pada Januari lalu.

Jelas beliau, kemampuan KJ mampu memperkukuh kedudukan parti yang diterajuinya selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

“Saya ada sebab pakai baju Hot Fm sebab saya hanya buat satu pengumuman setiap minggu. Saya sudah umumkan saya telah menandatangani kontrak bersama Hot Fm sehingga hujung tahun.

“Yang lain datang daripada politik, ini keputusan yang agak susah saya nak buat. Kalau saya nak bagi jawapan pun, saya akan bagi jawapan secara bersemuka dengan Tan Sri Muhyiddin,” jelasnya.

Katanya, tindakan memberi jawapan secara bersemuka dengan penawar jawatan adalah wajar dan tertib dalam dunia politik.

“Politik merupakan sebahagian diri kami, kita tidak boleh lari. Apapun perancangan kita dah buat beberapa bulan lepas, sebagai contoh perancangan saya dah pasang niat untuk keluar dari dunia politik, saya akan fokus kepada urusniaga, perniagaan dan sebagainya.

“Setiap kali saya jumpa orang dan mereka kata saya patut masuk balik cepat dalam politik. Kalau tidak orang lupa ataupun kita tidak ada rakan dalam perjuangan politik.

“Itu memang mengganggu saya dari sudut pemikiran yang mungkin sudah membuat keputusan. Yang mungkin dah buat keputusan tapi tiba-tiba timbul keraguan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Khairy Jamaluddin turut sempat mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada Muhyiddin kerana sudah menawarkan jawatan dalam parti berkenaan secara terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI