fbpx
Kenderaan sewa mendapat sambutan menggalakkan apabila sudah habis ditempah sejak sebulan lalu sempena LIMA’23 di Langkawi.

LIMA’23: Kereta sewa, inap desa laris, ditempah sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Rata-rata pengusaha kereta sewa dan penginapan di pulau peranginan ini sudah menerima tempahan daripada pelanggan sejak Januari lalu sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23).

Ejen kereta sewa, Muhammad Amirul Amar, 36, berkata, ken­deraannya sudah habis ditempah sejak bulan lalu.

“Saya tidak meletakkan harga sewa yang terlalu tinggi. Harga yang ditawarkan seiring dengan permintaan, walaupun LIMA’23 dianjurkan pada bukan musim cuti sekolah, tetapi permintaan kereta sewa tinggi.

“Saya kenakan kadar sewaan sama semasa cuti sekolah dan cuti am, yang mana ia berbeza RM20 hingga RM100 bergantung kepada jenis kereta,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Aidil Fikri, 34, pula berkata, dia mula tidak menang tangan me­nerima tempahan sejak awal Februari lalu.

“Walaupun harganya berbeza sedikit, saya rasa tidak wajar untuk menaikkan harga terlalu tinggi, kerana pelanggan masih ada masa untuk mencari kereta sewa lain ketika itu (Februari),” ujarnya.

Dalam pada itu, pemilik rumah tamu, Norhayati Abdullah, 55, dia menawarkan harga sama kepada tetamu yang menempah sempena LIMA’23 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.

“Kebanyakan mereka adalah pelanggan tetap yang datang ke Langkawi setiap kali mempunyai tugasan di daerah ini.

“Harga sewa adalah sama. Bagi saya, apa yang lebih penting adalah kepuasan tetamu. Sebagai pemilik, jangan hanya tahu ambil kesempatan untuk menjana keuntungan,” jelasnya.

Tinjauan di Facebook ejen kereta sewa mendapati kebanyakan mereka tidak mempamerkan harga sewaan terlalu tinggi ketika musim LIMA’23.

Kereta kompak seperti Pero­dua Axia yang biasanya boleh disewa pada harga RM60 hingga RM80 sehari dinaikkan harga hampir dua kali ganda pada RM120. Bagi kenderaan pelbagai guna, caj dikenakan adalah RM180.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN