fbpx
Salah satu daripada 25 pokok durian milik Charin Phuachai diracun di Selatan Thailand kelmarin. - Foto Sanook

Rugi hampir RM4 juta selepas pokok durian diracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang petani di Selatan Thailand menangis selepas mendapati kelmarin bahawa kebanyakan pokok duriannya telah diracun, menyebabkannya rugi sekitar 30 juta baht (RM3.9 juta), lapor portal berita Thaiger hari ini.

Charin Phuachai, 51, tinggal bersama keluarganya di daerah kecil Hat Phan Kraj dalam wilayah Chumphon.

Charin mempunyai 25 pokok durian Mon Thong berusia antara enam hingga tujuh tahun di dusunnya tetapi telah diracun oleh individu tidak dikenali, menyebabkan 20 daripadanya mati.

Portal berita Sanook melaporkan, batang pokok yang terjejas bertukar warna menjadi hitam, dan daunnya gugur serta meninggalkan dahan kosong, manakala buah durian gugur dan berlonggok di bawah pokok.

Charin percaya bahawa pokok-pokok itu diracun menggunakan racun rumpai pembunuh tunggul.  

Petani itu akan menuai durian dalam masa sebulan dan menjualnya pada harga 160 hingga 180 baht (RM160 hingga RM23.68) untuk satu kilogram.

Dia menganggarkan akan memperoleh pendapatan sebanyak 600,000 baht (RM78,938) tahun ini dengan setiap pokok menyumbang sekitar 20,000 baht (RM2,631).

Dengan jangka hayat pokok durian adalah 50 tahun, 20 pokok yang mati itu akan menjana 30 juta baht selama beberapa dekad. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN