fbpx

Isu skandal seks Exco Melaka adalah fitnah – Ab. Rauf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf.

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, menegaskan isu skandal seks yang didakwa membabitkan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebagai satu fitnah.

Ab. Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, dalam dunia siber serba moden pelbagai bentuk fitnah mudah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terutamanya dalam media sosial.

“Saya anggap itu sebagai fitnah walaupun saya tak nak menafikan benda itu betul ataupun tidak. Sebab pengalaman ini ramai dah dapat tahu, dah dapat rasa, sama sahaja.

“Jadi saya pun tahu dan lihat ini adalah permainan musuh-musuh politik. Dalam suasana politik yang tidak stabil ini, mereka yang tidak bertanggungjawab cuba mengeruhkan suasana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat lawatan kerja ke Pejabat Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di Taman Rempah, di sini, hari ini.

Ab. Rauf berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp dan video berunsur seksual yang tular hari ini, didakwa melibatkan seorang Exco Melaka dengan seorang wanita.

Tambah Ab. Rauf, setelah melihat dan meneliti perkara yang ditularkan itu, beliau memaklumkan mengetahui dari mana asal usul kontroversi tersebut.

Ditanya sama ada Exco terbabit perlu membuat laporan polis, Ab. Rauf menegaskan, ia terserah kepada pemimpin berkenaan.

“Saya tak nak komen lebih-lebih. Bagi saya perkara dan trend ini sama sahaja berlaku di Melaka. Saya ingat benda fitnah ini tak payah nak panjang-panjang.

“Kita nak buat kerja, nak majukan negeri nak membina Melaka jauh lebih baik dari dulu. Benda-benda ini saya tak ambil pusing,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI