fbpx

Rumah Terbuka Malaysia Madani bermula 29 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan dimulakan di Kedah pada 29 April ini sebelum ke lima negeri lain.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, acara rumah terbuka di Kedah akan diadakan di Hotel Raia di Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang.

Kemudian ia akan diteruskan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 6 Mei dan Dewan Majlis Bandaraya Seremban di Negeri Sembilan, esoknya.

“Penganjuran rumah terbuka di kedua-dua negeri akan berlangsung dari 11 pagi hingga 2 petang,” menurut Fahmi dalam kenyataan hari ini.

Tambah Fahmi, bagi penganjuran di Kelantan pula, ia akan diadakan di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei.

Katanya rumah terbuka di kedua-dua negeri akan diadakan dari 7 malam hingga 10.30 malam.

Fahmi berkata kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei dari 8 malam hingga 11 malam.

“Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani.

“Semoga Syawal ini memberi peluang untuk kita saling bermaafan di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI