fbpx

Lelaki OKU cederakan majikan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fariz Ammar

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak setelah disyaki mencederakan bekas majikannya yang ditemui berlumuran darah di Jalan Pertanian 26, Taman Universiti, Skudai, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitenden Fariz Ammar Abdullah berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada orang awam pada pukul 10.56 malam.

“Mangsa berusia 45 tahun itu yang bekerja sebagai pemandu lori kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini kerana mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan telinga dipercayai terkena objek tajam.

“Hasil tindakan pantas polis, suspek berusia 26 tahun berjaya ditahan pada pukul 12.15 tengah malam tadi di rumahnya di Taman Universiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pakaian digunakan suspek OKU pendengaran dan bisu semasa kejadian turut dirampas dan semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan melibatkan tiga kes jenayah serta satu kes dadah.

“Motif kejadian kerana mangsa dikatakan tidak membayar gaji semasa suspek bekerja dengannya sebagai kalindan lori. Suspek ditahan reman selam tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI