fbpx

‘Pembunuh’ kucing di penjara 2 tahun, didenda RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chia Lin ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

PETALING JAYA – Lelaki yang didakwa membunuh dan menyimpan puluhan bangkai kucing di sebuah kondominium di Cheras sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun serta denda RM50,000.

Hukuman tersebut dijatuhkan Mahkamah Kuala Lumpur selepas lelaki berasal dari Sarawak itu didapati bersalah kerana menyebabkan kesengsaraan hingga kematian kucing-kucing dibawah jagaannya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, penzalim pembunuh kucing kondo telah dijatuhi hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini.

Jelasnya, lelaki terbabit dituduh mengikut Seksyen 29 (1)(d) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Kepantasan dua pegawai polis mengesan dan membuat pertuduhan kepada penjenayah haiwan ini amat dipuji selepas mengambil alih kes daripada Balai Polis Salak South yang tidak mengendahkan kes ini sebelumnya.

“Terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kerana menyelesaikan kes pembunuhan kucing yang sadis dan membahayakan ini dengan baik,” tulisnya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Arie berkata, kes itu juga merupakan kes ‘precedent’ atau kes pertama mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 sejak ia diperkenalkan di negara ini.

“Tahniah dan syabas daripada seluruh warga Persatuan Haiwan Malaysia dan pencinta kucing seluruh negara,”ujarnya.

Sebelum ini, Arie memaklumkan, puluhan bangkai yang dipercayai bangkai kucing disimpan di kondominium terbabit dan perkara itu terbongkar selepas pemilik rumah membuat pemeriksaan.

Kata Arie, terdapat anggota badan haiwan yang dikerat-kerat, selain daging dikisar lumat di dalam kondominum terbabit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI