fbpx

Sisa buangan makanan di bazar Ramadan dijangka meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Yusnita (dua, kanan) mengedarkan risalah kepada peniaga pada Majlis Pelancaran MYSaveFood Ramadan 2023 di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini. Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN: Jumlah sisa buangan bahan makanan di bazar Ramadan di negeri ini dijangka meningkat kepada 6,000 tan sehari berbanding tahun lalu.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad Yusof berkata, peningkatan itu berikutan penambahan jumlah bazar Ramadan yang dibuka.

“Kami menjangkakan terdapat peningkatan sebanyak 15 peratus sisa buangan makanan dari bazar Ramadan berbanding tahun lalu.

“Sehubungan itu berharap pihak penganjur bazar Ramadan dapat melantik kontraktor bagi memastikan sisa makanan di tapak bazar dapat dibersihkan dan seterusnya dihantar ke tapak pelupusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran MYSaveFood Ramadan 2023 di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini hari ini.

Sementara itu, menurutnya, Program MYSaveFood Ramadan 2023 yang dilaksanakan untuk tahun ketiga itu bertujuan bagi mengurangkan pembaziran makanan di bazar-bazar Ramadan.

Jelas Siti Yusnita, mengikut data yang tahun lalu, melalui program berkenan, sebanyak 716.5 kilogram makanan dan 385.3 kilogram berjaya diselamatkan dan kemudian diagihkan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI