fbpx
Perancangan kewangan menyambut lebaran perlu dilakukan lebih awal bagi mengelakkan terjebak dengan hutang. – Gambar hiasan

Buat persiapan raya tiga bulan sebelum sambut lebaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Persiapan menyambut lebaran sepatutnya dibuat tiga bulan lebih awal bagi mengelak seseorang itu terjebak de­ngan hutang lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ah long.

Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri berkata, perbelanjaan bermusim itu memerlukan perancangan kewangan kerana ia me­libatkan perbelanjaan sehingga tiga kali ganda.

MOHAMAD FAZLI

Katanya, hutang baharu ­biasanya melibatkan mereka yang gemar membuat persiapan pada saat akhir disebabkan kecenderungan menggunakan wang semasa (existence ­money).

“Banyak kedai jahit sudah menutup tempahan ketika ini dan ia menunjukkan suasana perancangan kewangan yang dibuat oleh sesetengah orang.

“Namun, ada juga yang suka membeli pada saat akhir dan ia berbahaya kerana berpotensi tinggi menggunakan existence money yang sepatutnya digunakan bagi membayar komitmen bulanan habis dipakai bagi tujuan lain,” katanya.

Menurut Dr. Mohamad Fazli, pembelian saat akhir bagi mendapatkan harga promosi bukan sahaja tidak menjanjikan penjimatan, malah ia boleh membawa kepada pembaziran.

“Ia jadi membazir apabila seseorang itu bukan membeli mengikut keperluan tetapi kehendak diri. Perancangan perlu dilakukan apatah lagi lebaran disambut selepas cuti dan buka sekolah,” katanya.

Menurut Mohamad Fazli, pengguna juga perlu bijak dalam mengetepikan wang bagi persiapan hari raya termasuk memanfaatkan bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan.

“Sebagai contoh, bantuan awal persekolahan RM150. Kalau ada tiga anak wang terkumpul RM450 itu ‘curi’ sedikit atau mana-mana bantuan lain yang menjadi lebihan pendapatan.

“Asingkan dana ini dan ­bolehlah membuat persiapan dengan pembelian secara berperingkat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN