fbpx

Polis rampas patung pocong takutkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis merampas patung pocong di Jambatan Sei Pegatason, Mukim Nunukan pada Selasa lalu. - Foto Polsek Lumbis

JAKARTA – Polis Indonesia merampas patung pocong yang membuatkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan di Mukim Nunukan, wilayah Kalimantan Utara, Selasa lalu.

Menurut laman berita Kompas, patung pocong itu berdiri tegak di Jambatan Sei Pegatason, sekali gus mengakibatkan ramai warga yang melintas memecut kenderaan masing-masing kerana ketakutan.

“Kita merampas pocong itu setelah menerima banyak aduan penduduk dan saya melihat ini (kewujudan pocong itu) sengaja diada-adakan,’’ujar ketua polis tempatan, Lumbis Ipda Dony Setyo Helga.

Patung yang dirampas itu dipakaikan dengan kain kafan dan ia mirip pocong.

Lumbis berkata, patung pocong tersebut ditempatkan di jambatan tersebut oleh pihak tidak bertanggungjawab. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI