fbpx

Kakitangan YPKT maut, motosikal dirempuh kereta Nissan Sentra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal jenis Kawasaki EX650C dinaiki Muhammad Hilmie yang terlibat dengan kemalangan di KM 127, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, berhampiran Kijal, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang kakitangan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya dirempuh sebuah kereta jenis Nissan Sentra dipandu lelaki warga emas di Kilometer 127 Jalan Kuala Terengganu- Kuantan berhampiran Resort World, Kijal di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Muhamad Hilmie Zawawi, 28, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke pejabatnya di YPKT yang terletak di Chukai di sini.

“Sewaktu kejadian, sebuah kereta jenis Nissan Sentra dipandu lelaki berusia 76 tahun dari arah bertentangan dikatakan tiba-tiba memasuki persimpangan kiri tanpa sempat dielak motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki EX650C ditunggangi mangsa.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa yang menetap di Paka, Dungun tercampak kira-kira sembilan meter,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, pemandu kereta Nissan Sentra berasal dari Kuantan, Pahang turut cedera parah pada bahagian tulang belakang.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini manakala lelaki warga emas yang cedera pula dibawa ke unit kecemasan wad sama untuk rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI