fbpx
ISTERI yang terlalu bijak dan melebihi kemampuan suami boleh menyebabkan si suami tercabar dan rasa rendah diri. - GAMBAR HIASAN

Cari wanita lain sebab isteri terlalu bijak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perasaan rendah diri seorang suami apabila si isteri memiliki pelbagai kelebihan berbanding dirinya menjadi antara punca mereka memilih untuk berkahwin lain.

Pakar kekeluargaan yang juga Presiden Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia (PPPM), Prof. Dr. Fatimah Daud menjelaskan, antara kelebihan yang dimiliki isteri sehingga dicemburui oleh sebilangan suami termasuklah wanita itu lebih bijak selain memiliki personaliti yang cukup menyerlah.

“Orang lelaki ini dia memiliki ego, jadi apabila egonya tercalar akibat perkara-perkara tersebut, dia mengambil keputusan untuk menjatuhkan isterinya dengan cara berkahwin lain.

“Tidak bermakna suami tidak menyayangi isterinya, namun itu cara yang difikirkan boleh menjatuhkan pasangan mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini baru-baru ini.

Fatimah berkata, dalam sesetengah hal, ada juga suami yang berkahwin lain kerana isterinya kurang menyerlah serta dianggap ‘biasa-biasa’ sahaja.

Jelasnya, suami yang terjebak dalam keadaan tersebut biasanya memiliki personaliti menyerlah serta mempunyai kedudukan tinggi di mata masyarakat.

“Jadi apabila isterinya tidak terlalu menyerlah, belajar pun tak pandai iaitu rendah tahap pendidikan selain tidak reti bergaul, ia menyebabkan suaminya berasa tidak senang sehingga membuat keputusan untuk berkahwin lain.

“Biasanya isteri kedua dalam perkahwinan sedemikian me­rupakan seorang wanita yang memiliki karakteristik seperti lelaki berkenaan,” katanya.

Mengulas tentang tindakan sebilangan suami yang enggan menceraikan isteri setelah berkahwin lain, katanya, ia disebabkan perasaan sayang masih wujud terhadap pasa­ngan masing-masing. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN