fbpx

Ribut petir di 10 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meterologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri, malam ini.

MetMalaysia melalui laman sesawangnya memaklumkan ia melibatkan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpu, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor hingga pukul 7 malam ini.

“Ia dijangka berlaku di negeri Perak melibatkan Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Kelantan di Gua Musang dan; Terengganu di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Turut melibatkan semua daerah, di Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka manakala di Johor di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan, cuaca sama turut dijangka melanda Pahang di daerah Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin hingga pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI